PERTAMA – Rumah undercons
(bermaksud under construction). Biasanya rumah undercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (Jual Balik) bila dah siap nanti. Kalau anda cari rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja. Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit.
KEDUA – Rumah subsale. (bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya). Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dll.
KETIGA – Rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi takpe.. high risk, high lah return dia.. Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah anda.. Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi market value, keadaan rumah, kejiranan dan lain2 sebelum commit untuk join bidaan. Kalau tanya saya, saya lebih suka beli rumah UNDERCONS. =)
Sumber: credit
Sumber: credit
Sumber modal anda
a) Pinjaman bank
Secara asasnya anda boleh mendapat pinjaman sebanyak 90% dari harga rumah tetapi ada kemungkinan untuk anda mendapat lebih bergantung kepada tawaran yang diberi oleh pihak bank pada ketika anda memohon pinjaman.
b) Wang KWSP
Biasanya anda perlu mengeluarkan 10% dari wang tunai sebagai bayaran pendahuluan deposit sebelum anda layak untuk membuat pengeluaran dari KWSP. Jika anda boleh berunding dengan tuan rumah, anda boleh tangguhkan bayaran 10% itu sehingga anda dapat mengeluarkan wang dari KWSP. Pluang anda lebih cerah untuk hartanah kategori freehold tetapi bukan untuk leasehold.
Selepas itu anda perlu mengenal pasti potensi hartanah yang menjadi sasaran anda; samada mampu memberi potensi yang besar dalam menambah nilai kepada pembelian anda. Cara terpantas ialah dengan memeriksa senarai semak berikut:
#1: Memeriksa pelan rancangan induk
Satu pelan induk lazimnya akan mentakrifkan pembangunan sebuah pembandaran dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. Pelan induk akan mempamerkan perbezaan penggunaan tanah dan pelan pengangkutan dalam pembandaran terbabit di mana ia dianggap sebagai satu kawasan yang bakal diminati oleh perniaga dan peduduk.
